Wednesday, September 21, 2011

EKONOMI SEKARANG AGAK MENURUN


Salam pada kenalan blogger sekalian.

Diharapkan semua dalam keadaan baik serta sihat disisi Allah S.W.T. hendaknya....Dah lama x bersua diruangan ini. Apabila kita memandang segala kerjaya dan juga matlamat hidup kita....Agak susah jugak untuk kita ratapi, jalani dan tentukan arah tuju kehidupan kita seharian.

Dengan keadaan ekonomi yang tak berapa stabil dan baik....Sejak sebelum raya dan selepas raya tidak ada langsung perubahan baik dari segi perniagaan, pekerjaan serta perjalanan kehidupan yang diharap-harapkan.
Justeru itu, saya berpendapat kita perlu bersedia untuk menghadapinya sekali lagi keadaan ekonomi yang tidak menentu yang agak terkena tempias dari negara luar iaitu Amerika Syarikat (US).

Walaupun kita dok agung2 kan Malaysia negara yang pesat membangun tapi.....hakikatnya disebaliknya. Marilah kita renung2 kan.... Keadaan politik yang agak panas, ditambahkan lagi dengan Pilihanraya Umum (PRU) dah hampir.....Jenayah berleluasa...pembunuhan, kemalangan dan ketidakstabilan dari semua segi menjurus kearah terbantutnya perjalanan serta perancangan yang telah dibuat selama ini.

Marilah sama2 kita bukan saja berdoa tapi perlu bangkit dari lamunan agar apa yang kita perolehi dan kecapi bertambah dan bukannya hanya sekadar ditakok biasa dan lama. Kemajuan sesebuah negara terletak pada rakyatnya bukannya pemimpinnya.....Ayuh bangun sama2 kita meminpin tangan bergerak bersama menjayakan apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

Insyaallah........Wasalam......

 

No comments:

Post a Comment